Besyukurlah dengan apa sahaja yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita umatnya..Setiap nikmat yang dikurniakan sesungguhnya mempunyai makna dan hikmatnya ynag tersendiri.Nikmat itu ibarat amanah yang diberikan kepada siapa sahaja yang dikehandakinyaJadi patutkah kita hanya pemegang amanah itu merasa bangga + riak dengan apa yang kita ada???Ingat bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil kembali nikmat yang telah dipinjamkan itu.Apa guna kalau muka cantik / hemsem namun,keimanan dalam diri langsung tidak ada.Sungguh rugi orang yang melalaikan setiap perbuatan baik yang sesungghnya diseru oleh Allah sendiri.Jadi kita sebagai umatnya hendaklah sentiasa mengucap syukur kepada pencipta alam ini.
Tuesday, 2 July 2013
Kata-Kata Hikmah
Besyukurlah dengan apa sahaja yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita umatnya..Setiap nikmat yang dikurniakan sesungguhnya mempunyai makna dan hikmatnya ynag tersendiri.Nikmat itu ibarat amanah yang diberikan kepada siapa sahaja yang dikehandakinyaJadi patutkah kita hanya pemegang amanah itu merasa bangga + riak dengan apa yang kita ada???Ingat bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil kembali nikmat yang telah dipinjamkan itu.Apa guna kalau muka cantik / hemsem namun,keimanan dalam diri langsung tidak ada.Sungguh rugi orang yang melalaikan setiap perbuatan baik yang sesungghnya diseru oleh Allah sendiri.Jadi kita sebagai umatnya hendaklah sentiasa mengucap syukur kepada pencipta alam ini.
Sahabatku
Sahabat merupakan insan yang sentiasa berdampingan dengan kita.Mereka tidak pernah lelah mengukir kebahagian dibibir kita.Tanpa mereka pasti kehidupan kita tidak akan diwarnai dengan gelak tawa dan pelbagai gelagat yang kadang2 menjengkelkan.Saya amat bersyukur kerana telah di kurniakan sahabat yang sentiasa memahami dan sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk menjadi orang yang berguna kepada bangsa suatu hari nanti.."Tanpa sahabat,saya bukan la apa-apa"
Petua Senang Hati
*Luangkanlah masa untuk membaca bahan yang berbentuk ilmiah seperti ini.Kerana hanya melalui pembacaan inilah dapat membantu kita di akhirat....Walaupun ianya nampak agak mudah,tapi ganjaran pahalanya tidak tergambarkan....Jadi jangan malas-malas nak baca ok......
Makruh Dalam Solat
Banyak perkara yang sering kita sebagai umat islam ambil remeh ketika dalam solat.Maka hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang ilmu Allah ini.....Semoga memberikan input yang positif kepada pembaca yang budi sekalian....InsyaAllah
Monday, 1 July 2013
Raja Sehari
Hari Perkahwinan kakak kepada sahabat kami
Alhamdulilah dan tahniah kepada kak Azie Adam kerana telah selamat di ijab kabul.....Semoga menjadi keluarga yang bahagia,sakinah,mawadah dan warahmah...amin.Kami turut menumpang kebahagiaan atas terbinanya sebuah ikatan suci yang datangnya daripada Allah subhanahuwata'ala.
Trip Pahang
Kegembiraan Melanda Diri
Asalamualaikum......hai....kat sini saya nak share sikit pengalaman saya masa zaman sekolah dulu....Saja nak imbas kembali...Disebabkan masa zaman sekolah dulu saya amik kos Sains Pertanian,jadi setiap tahun cikgu saya akan hantar kami untuk menjelajah ke negeri lain untuk menuntut ilmu berkaitan ilmu pertanian...Antara tempat yang pernah kami terokai ialah Mardi Kluang,Mardi Serdang,Taman Negara Pahang dan UPM Serdang.....Dekat setiap tempat yang disenaraikan tadi,mempunya sejarah dan memorinya yang tersendiri.Contohnya gambar yang diatas ni......Gambar ni masa dekat Taman Negara Pahang.Seriously,time pegi TMP ni.memang Excited tahap gaban...lagi-lagi berpeluang menaiki gajah.Walaupun pada hakikatnya takut...hehehe......Dengan menaiki gajah ini,kami di ajak bersiar-siar di kawasan TMP...Memang syok sesangat......Bukan semua orang dapat menaiki haiwan yang telah diancam kepupusan ini.....
Graduasi
Foto Kegembiraan
Alhamdulilah saya telah pun menamatkan pengajian di Smk Tun Syed Nasir Ismail Johor Bahru.Pada bulan 18 October 2012,sekolah kami mengadakan majlis graduasi yang pertama kalinya diadakan di sekolah kami....Alhamdulilah pada hari tersebut saya telah mendapat 3 penghargaan...eahhhhhh coppp!!!!bukan niat membanggakan diri,,tapi cuma rasa bersyukur kepada Allah sebab telah diberikan banyak peluang keemasan sepanjang menunutut ilmu di SMK Tun Syed Nasir Ismail..Antara penghargaan itu ialah,Pelajar cemerlang,Tokoh pelajar dan Pelajar yang bersahsiah......Saya percaya dan yakin panghargaan ini semua tidak akan dapat saya capai dan perolehi tanpa bimbingan dan semestinya sokongan padu daripada keluarga yang tercinta,guru-guru yang sentiasa mencurahkan segala ilmunya demi anak bangsa dan akhir sekali sokongan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa disisi....Alhamdulilah....InsyaAllah satu hari nanti saya akan naik kepentas dan turun dengan memengang segulung Ijazah yang menjadi kebangaan setiap orang yang meninginkan kejayaan.....
Islam is My Way of Life
Simple is Style
Islam itu indah JIKA kita sebagai umatnya yang bertaqwa dapat menghayati setiap ilmu berkaitan islam yang telah termaktub di dalam al-quran.Perbanyakkan lah beramal untuk bekalan di akhirat kelak....
Islam itu Indah
Allah sentiasa beri apa sahaja yang kita mahu.tapi,,,kita sebagai umatnya langsung tidak menghargai apa yang telah diberikan.....Allah hanya menyeru kita sebagai khalifah dimuka bumi ini untuk berbuat baik dan beramal soleh...tpi kenapa perkara yang semudah ini tidak menjadi hobi setiap khalifa dimuka bumi ini?????
Pengakuan Seorang Wanita
Indahnya berkongsi ilmu,terutamanya berkaitan ilmu Allah..Sesungguhnya menyampaikan sesuatu ilmu tentang islam dianggap 'JIHAD FISABILILLAH".
Kenangan Bersama Guru yang Tersayang
29 April 2012- Kenangan yang tidak akan pernah terhapus daripada kotak fikiran kami iaitu pelajar 5UKM 12' ialah sambutan hari jadi guru kesayangan kami....sebelum itu saya ingin berkongsi serba sedikit tentang beliau yang sentiasa menjadi kebangga kami palajar UKM 12'.Nama beliau ialah En Khairussaleh bin Maarof.Merupakan tenagan pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail Johor Bahru.Beliau merupakan guru cemerlang Sains Pertanian dan dalam masa yang sama,beliau telah diberikan amanah untuk memengang jawatan sebagai Ketua Panitia Sains Pertanian di sekolah kami.Beliau merupakan idola yang sentiasa menjadi inspirasi kepada kami teutamanya sebagai anak muridnya.Terlalu banyak ilmu yang telah dicurahkan kepada kami sepanjang kami bergelar pelajar Smk Tun Syed Nasir Ismail.Beliau merupakan seorang guru yang sentiasa 'sempoi' je dengan setiap anak muridnya.Tidak pernah lelah melayan kerenah kami yang kadang-kadang menjengkelkan.hehehe tapi sebenarnya kami tak terniat pown nak menguris hatinya,hanya untuk bergurau sahaja.Tapi InsyaAllah gurauan kami tetap ada batasnya.Moment yang paling best and syok ialah time En Khairussalleh a.k.a cikgu balok menitiskan air mata apabila kami membuat surprise pada hari kelahiranya."Hari ni merupakn hari pertama aku sambut hari lahir aku.senjang hidup aku,ini merupakan hari bersejarah dalam hidup aku iaitu menyambut hari kelahiran.sebelum ni tak ada siapa pon yang nak sambut bufday aku"ini merupakan statement yang keluar dari mulut cikgu balok sambil menitiskan air mata kegembiraan.Kami bangga mempunyai soerang guru yang penyayang seperti cikgu balok.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















